VIDEO] Lelaki Reda Pernikahan Dibatalkan Sehari Sebelum Majlis, Punca Mas Kahwin Tak Cukup RM199
VIDEO] Lelaki Reda Pernikahan Dibatalkan Sehari Sebelum Majlis, Punca Mas Kahwin Tak Cukup RM199
Batal pernikahan sehari sebelum majlis
Menerusi video yang dimuat naik oleh di Instagram, kakak kepada lelaki berkenaan, Elsa menyatakan bahawa majlis pernikahan adiknya itu sepatutnya berlangsung pada 18 Disember lalu.
Walau bagaimanapun, keluarga mereka membuat keputusan untuk membatalkan perkahwinan selepas dimarahi pihak perempuan gara-gara tidak melunaskan baki mas kahwin yang dinaikkan secara tiba-tiba.
Ketika meminang, kedua-dua keluarga setuju untuk tetapkan mas kahwin sebanyak RM9,939 .barang kemas serta duit untuk ibu pengantin perempuan sebanyak (RM1,419) dan beberapa hantaran.
Tapi selepas keluarga kami serahkan mas kahwin seperti yang ditetapkan, keluarga pihak perempuan beritahu mereka sebenarnya belum daftar pernikahan kepada jabatan agama Islam kerana belum cukup RM1,419 untuk diserahkan kepada bakal ibu mentua.
Minta wang belanja tambahan
Susulan daripada itu, keluarga pihak perempuan meminta pihak lelaki untuk menyerahkan wang belanja tambahan untuk membeli ayam serta menguruskan surat nikah berjumlah RM965.50
Ketika menjelang hari pernikahan, bakal pengantin perempuan meminta baki wang berkenaan yang belum sempat diserahkan. Kami berikan semua wang itu kecuali RM199 yang masih tidak cukup dan beritahu baki tersebut akan diserahkan kemudian tapi mereka marah kami.
Tidak mahu menerima alasan terbabit, bakal pengantin perempuan bertindak menghempas pintu di hadapan ibu bapa tunangnya serta memarahi mereka.
Apa yang buat kami terkilan adalah tunang adik saya menghempas pintu di hadapan ibu bapa kami sambil mulutnya tidak henti memaki hamun hanya kerana wang tak cukup itu.
Kami sekeluarga akhirnya buat keputusan untuk batalkan perkahwinan sebab dilayan seperti itu oleh keluarga pengantin perempuan.
Posting Komentar untuk "VIDEO] Lelaki Reda Pernikahan Dibatalkan Sehari Sebelum Majlis, Punca Mas Kahwin Tak Cukup RM199"