Lompat ke konten Lompat ke sidebar Lompat ke footer

Pelakon era Anita Jaafar meninggal dunia

Pelakon era Anita Jaafar meninggal dunia


PELAKON yang mencipta nama pada era 1970an, Anita Jaafar meninggal dunia di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), akibat jangkitan kuman dalam badan pada pagi Rabu.

Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada usia 71 tahun di sisi anak-anak dan ahli keluarga lain.

Difahamkan bintang veteran itu dimasukkan ke hospital pada November lalu disebabkan batu dalam hempedu pecah sehingga kuman merebak ke seluruh badan. Beliau dirawat di unit rawatan rapi dan tidak sedarkan diri sepanjang berada di hospital.
Ketika hayatanya, Allahyarham Anita pernah membintangi filem Detik 12 Malam, Malaysia 5, Penyamun Si Bongkok, Boneka Permata, Kelana, Semambu Kuning dan sebuah filem seram terbitan produksi Itali yang berjudul The Last Cannibal World pada tahun 1977.

Allahyarham meninggalkan sembilan cahaya mata, 13 cucu dan seorang cicit

Posting Komentar untuk "Pelakon era Anita Jaafar meninggal dunia"