Wanita Tuntut Rm 78k Dari Bekas Suami, Kerana Tidak Memberi Nafk4h Selama 15 t4hun..Siap K0ngsi Proses Tuntutan
Wanita Tuntut Rm 78k Dari Bekas Suami, Kerana Tidak Memberi Nafk4h Selama 15 t4hun..Siap K0ngsi Proses Tuntutan
Setiap pasangan pastinya akan menerima pelbagai jenis ujian malah setiap daripada mereka juga mempunyai jalan cerita yang berbeza-beza.Pasangan rumah tangga mana yang mahukan penceraian? Namun, ada di antara kita terpaksa akur dengan takdir jika ianya merupakan jalan yang terbaik selepas sedaya upaya mempertahankan sesebuah hubungan.
Perpisahan bukan bermaksud kita terlepas daripada tanggungjawab apatah lagi jika mempunyai cahaya mata bahkan kini seolah-olah ramai yang mengambil remeh atau culas dalam urusan nafkah walhal hukumnya wajib.
Sama seperti kisah yang tuIar baru-baru ini di mana seorang wanita membuat tuntutan ke atas bekas suaminya yang tidak memberi nafkah kepada anak mereka menarik perhatian ramai.
BOLEH TONTON VIDEO DI BAWAH
Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok yang dikenali sebagai jue_singlemum44, dapat kita lihat satu lampiran yang menunjukkan bekas suaminya itu tidak memberi nafkah kepada anaknya sebanyak RM78,900.
“Bila ex suami xnk bg kerjasama selama 15thn dn pemberian nafkah ank2..klu dr dulu bg kerjasama…xkn jd cmni byk …so hadaplah yea….kwsp die pn xle cover” ujarnya.
“Nak buat proses ni…klu mmpu amik peguam swasta…sye x mmpu tp demi hak ank2…sye usahakan itupn secara ansuran… alhamdulillah”
“Pejabat agama ade sediakan biro guaman tp kite sendri kena cari maklumat ex suami tp peguam swasta…semua die uruskan..so proses die.
“Pastikan kite ade surat perintah mahkamah semasa kite bercerai dulu…nafkah berapa…nafkah eddah berapa…mutaah berapa” jelasnya lagi.
“Macam sye…nafkah eddah dn mutaah sye halalkan…sye cuma nk nafkah ank2 je…dlm eddah… alhamdulillah die bg…rm450 selama 2 bulan…pastu hilang.. sye x cari sb sye cuma pkkan ank2 je…cari kje…besarkan mereka.
“Cuma masuk thun 2016…sye terjumpa kembali ex itupn lepas sye iklankan dlm fb …sye jumpe…sye ckp dgn baik…bglah nafkah ank2…walaupn sekampit beras pn sye terima”
“Tapi ex buat x tau dn xnk bg kerjasama….sampai la masuk 2021…sye failkan kes ni…sb ex xnk bg kerjasama .. dn terus dpt perintah sambung semula byar nfkah…tp tggakkan tu die tetap kena byar so itulah jumlahnya” jelasnya lagi pada ruangan komen.
Meninjau di ruangan komen rata-rata warganet menyokong tindakan berani wanita tersebut demi kelangsungan anak-anak yang masih dalam proses membesar malah ada juga yang menasihatkan suami di luar sana agar tidak memandang remeh terhadap isu nafkah.
Bukan itu sahaja, malah ada juga warganet yang berk0ngsi pengalaman yang ebih kurang sama gara-gara bekas suami tidak mahu bekerja sama dan tidak bertanggungjawab terhadap nafkah anak.
Berikut merupakan komen warganet:
“Elok yang tak bayar utang anak ni masuk blacklist bank”
“Kalau dah ada surat mahkamah bawa pada majikan suami.. kalau kerja syarikat besar, kerajaan.. memang takleh lari.. majikan yang akan pot0ngkan”
“Ingat senang ke single mom nak besarkan anak..”
Posting Komentar untuk "Wanita Tuntut Rm 78k Dari Bekas Suami, Kerana Tidak Memberi Nafk4h Selama 15 t4hun..Siap K0ngsi Proses Tuntutan"